Cara guna

Siap dalam beberapa langkah.

  1. 01

    Pilih template

    Cari mengikut jenis majlis dan gaya.

  2. 02

    Isi dan sesuaikan

    Tambah maklumat, gambar, lokasi dan RSVP.

  3. 03

    Publish & kongsi

    Bayar sekali dan terbitkan apabila anda sudah bersedia.

    Tempoh invitation hanya bermula apabila anda menekan Publish.

Kitaran invitation

Beli sekarang. Publish apabila anda bersedia.

Membeli pakej tidak memulakan tempoh aktif. Anda boleh menyiapkan jemputan berminggu-minggu lebih awal.

  1. 1BELI

    Pilih pakej dan bayar sekali.

  2. 2DRAFT

    Sunting, tambah tetamu, pratonton. Jam belum berjalan.

  3. 3PUBLISH

    Anda tekan Publish apabila sudah bersedia.

    Countdown bermula di sini
  4. 4ACTIVE

    Tempoh aktif bermula. RSVP dibuka.

  5. 5EXPIRED

    Jemputan ditutup, data anda kekal.

  6. 6RENEW / ARCHIVE

    Sambung tempoh atau simpan sebagai arkib.

Soalan lazim

Perkara yang selalu ditanya.

Kalau jawapannya tiada di sini, hubungi kami — kami balas dalam bahasa yang anda selesa.

Bila tempoh invitation bermula?

Tempoh aktif bermula pada saat anda menekan Publish, bukan pada masa pembayaran. Anda boleh membeli pakej hari ini dan menerbitkan jemputan bulan depan.

Perlu bayar setiap bulan?

Tidak. Tiada langganan. Setiap invitation dibayar sekali sahaja mengikut pakej yang anda pilih.

Boleh digunakan untuk majlis selain perkahwinan?

Boleh. Aqiqah, hari jadi, doa selamat, rumah terbuka, graduasi, annual dinner, seminar, conference, reunion dan lain-lain semuanya disokong, dengan template dan medan yang bersesuaian.

Tetamu perlu daftar akaun?

Tidak. Tetamu hanya membuka pautan, membaca jemputan dan menghantar RSVP. Tiada pendaftaran dan tiada aplikasi untuk dimuat turun.

Boleh upgrade pakej?

Boleh, bila-bila masa. Anda hanya membayar perbezaan harga, dan had baharu terpakai serta-merta tanpa perlu mencipta jemputan semula.

Boleh renew invitation?

Boleh. Tempoh boleh disambung selepas tamat. Reka bentuk, gambar, senarai tetamu, RSVP dan ucapan semuanya kekal seperti asal.

Apa berlaku selepas invitation expired?

Pautan jemputan berhenti menerima RSVP dan dipaparkan sebagai tamat tempoh. Data anda tidak dipadam serta-merta — ia kekal mengikut tempoh simpanan pakej anda, dan jemputan boleh disambung.

Bagaimana RSVP berfungsi?

Tetamu memilih hadir atau tidak hadir, mengisi bilangan pax, dan menghantar. Jawapan masuk terus ke dashboard anda dan jumlah pax dikira secara automatik.

Adakah Google Maps dan Waze disokong?

Ya. Anda menetapkan lokasi sekali, dan jemputan memaparkan butang yang membuka Google Maps atau Waze terus pada telefon tetamu.

Majlis anda bermula dengan sebuah jemputan.

Cipta invitation pertama anda dan lihat hasilnya sebelum membuat bayaran.